Wednesday, September 19, 2007

Selamat Sahabat Nurin


Sempena Ramadhan yang mulia ini, KLfm ingin menghulurkan bantuan untuk sama-sama menjejaki adik Nurin Jazlin, 8 tahun yang masih belum ditemui. Bukan kami Dj-dj KLfm sahaja malah bantuan dan doa ratusan ribu Sahabat setia KLfm yang sentiasa bersedia menyalurkan sebarang info sama ada menerusi panggilan telefon atau sms.


Program Khas Selamat Sahabat Nurin akan mengisi ruang udara KLfm pada 22 September ini jam 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi. Program yang berasaskan perkongsian masalah pendengar dengan dj ini memberikan peluang kepada pendengar untuk memberikn semangat.


Selain ibu bapa Nurin, beberapa tetamu lain yang dijemput ke konti termasuklah pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Fauzi Mustafa, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi dan artis terkenal Rosyam Noor. Program ini akan dikendalikan oleh Dj Hezry Hashim.

No comments: