Sunday, October 21, 2007

PERTANDINGAN SEDONDON BERGAYA SEJIWA BERAYA


Anda kini boleh mengundi mana-mana gambar pilihan dengan pakaian sedondon paling kreatif dan menarik untuk kategori Pilihan Sedondon Paling Popular. Macam-macam warna dengan pelbagai gaya. Hanya undi satu gambar saja dan undian anda amat dihargai .. Undian dibuka hingga29 Oktober 2007 ini. Selamat mengundi! Terima kasih kepada Pasar Seni (Central Market) , Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Toba Records. Untuk mengundi, klik di sini.

Bawal - S01

Safwa - S02


Suraya - S03


Gm Tagaya - S04


Putera Impian - S05


Sazwana - S06


Cayangdcute -S07

Nordiana - S08


Wajaqute - S09


Ramesh - S10



Rohana - S11



Norliah - S12


Yusaini - S13



Mms - S14


Ezataiping - S15



Norsuriaty - S16



Shakir - S17


Bakri -S18



Kslumber -S19


Rohani - S20


Iq4 - S21


Zulizan - S22























Wednesday, September 19, 2007

Selamat Sahabat Nurin


Sempena Ramadhan yang mulia ini, KLfm ingin menghulurkan bantuan untuk sama-sama menjejaki adik Nurin Jazlin, 8 tahun yang masih belum ditemui. Bukan kami Dj-dj KLfm sahaja malah bantuan dan doa ratusan ribu Sahabat setia KLfm yang sentiasa bersedia menyalurkan sebarang info sama ada menerusi panggilan telefon atau sms.


Program Khas Selamat Sahabat Nurin akan mengisi ruang udara KLfm pada 22 September ini jam 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi. Program yang berasaskan perkongsian masalah pendengar dengan dj ini memberikan peluang kepada pendengar untuk memberikn semangat.


Selain ibu bapa Nurin, beberapa tetamu lain yang dijemput ke konti termasuklah pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Fauzi Mustafa, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi dan artis terkenal Rosyam Noor. Program ini akan dikendalikan oleh Dj Hezry Hashim.

PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL ZON TENGAH

Adik Puteri




Adik Nur Fazlinda
Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Zon Tengah telah pun berlalu. Ia telah diadakan di pada 9hb September 2007 di Tapak Bekas Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.. Seramai dua belas peserta yang berusia diantara 9 tahun hingga 11 tahun telah mengambil bahagian. Mereka mewakili Selangor dan Negeri Sembilan. Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwakili oleh adik Siti Aishah binti Abd Razak, Puteri Aszfaryna Kharreeza binti Aris dan adik Zairul Nadzrin bin Zainudin. Lagu “Gemilang” telah membawa tuah kepada adik Puteri Aszfaryna Kharreeza binti Aris selaku Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 1,000, Tropi, hadiah iringan dan sijil. Tahniah !

Naib johan ialah adik Nur Fazlinda binti Musthafar dan tempat ketiga ialah peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu adik Siti Aishah binti Abdul Razak.. Nampaknya sekali lagi Fauziah Zakaria @Kak Posh selaku penerbit Bintang Kecil 2007 akan ke Kuching , Sarawak bersama Adik Puteri Aszfaryna Kharreeza binti Aris mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2007 yang akan diadakan pada 24hb November 2007 bertempat di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak..